zwani.com myspace graphic comments

27 February, 2009

UMSKAL.....

Nie arr tempat aku blajar tuk memperolehi segulung ijazah.....tempat nie dimanakan universiti Malaysia Sabah kampus Antarabangsa Labuan atau nice namenya UMS-KAL.....suatu tempat yang penuh memory buat aku cz disini tercipta pelbagai kenangan suka dan duka aku bersama member2 seperjuangan sepanjang tempuh 3 tahun menjadi penghuninya....kenangan sepanjang hayat laa katakan.........disini ikatan persahabatan antara aku n yarn, kak miza, kak if, theha, qem, za, zizah,ckien, aida,maja, sal,izat,ane, farah, zura,rosnifazlinda, suhaili,aishah,mazlin, rosnadia, mona,shima,iz@walizah,kak ana, wana, cristie, hasniati,rosmia,kak as,kak za,fasihah,asma,lias, kamarul, lokman,abg fazli,bukhari serta ramai lagi lah yang aku tak sebutkan namanya tercipta.....untuk pengetahuan,UMS-Kal nie merupakan kampus cawangan kepada Universiti Malaysia Sabah yang terletak di TEluk Sepanggar, Kota Kinabalu...kampus ini telah mula beroperasi pada bulan Mei 1999 dengan pengambilan pelajar kumpulan pertama seramai 356 orang. Bertempat di Kiansam iaitu di Selatan W.P Labuan kira-kira 16 KM dari Pusat bandar dan mempunyai keluasan 22.2 Hektar. Penubuhannya adalah selaras dengan wawasan negara untuk menjadikan malaysia sebagai sebuah pusat pegajian antarabangsa di rantau ini dengan penekanan ke arah pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai pusat perniagaan dan kewangan luar persisir antarabangsa. UMSKAL menawarkan 2 sekolah iaitu Sekolah Perniagaan Kewangan Antarabangsa Labuan(SPKAL) Dan Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL). SPKAL menawarkan 5 program Sarjanamuda dalam bidang-bidang Perniagaan Antarabangsa, Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir, Pemasaran Antarabangsa, Ekonomi Kewangan Antarabangsa dan Kewangan Islam. Manakala SSIL menawarkan Program Multimedia dan E-dagang. Adalah dijangkakan dalam masa 10 tahun, 20 – 30% pelajar-pelajar akan terdiri daripada pelajar-pelajar dari luar negara. Halatuju program-program akademik UMSKAL ialah untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang bersifat global. UMSKAL bertekad untuk melahirkan tenaga pakar terlatih dalam bidang pengurusan perniagaan antarabangsa. Fokus pengajaran dan pembelajaran di UMSKAL ialah pengurusan perniagaan global yang berteraskan kepada teknologi multimedia.
WAWASAN
Menjadi sebuah universiti berinovatif yang bertaraf dunia
MISI
Mencapai kecemerlangan ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu untuk mencapai pengiktirafan antarabangsa menerusi pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, penerbitan dan khidmat masyarakat serta untuk mencapai keseimbangan pengkhususan ilmu dan keperibadian pelajarnya untuk menghasilkan produktiviti dan kualiti yang tinggi dalam konteks persekitaran dan aspirasi pembangunan masyarakat dan Negara.
MOTO
"Bertekad Cemerlang"
Kecemerlangan dalam sebarang aktiviti akan menjadi pendorong dan sasaran utama kepada UMS. Mercu tekad ialah pencapaian yang akan diiktiraf di peringkat antarabangsa
FALSAFAH
Pendidikan yang berteraskan prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan pembinaan masyarakat terpelajar yang progresif, berdisiplin, bersepadu dan seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani untuk berbakti mencapai kesejahteraan masyarakat dan negara.


yang come lote' nie roomate aku tame aku secound year...namanya nurul asikin bt ramli but aku n member yg lain panggil dia ckien je...ada gak yg panggil "along", jangan salah faham tau bukan sebab dia nie ceti , ada yg panggil dia "along" tp pasal dia lahir pada 1 januari, kiranya if geng kiteorg nie tua dia lah org pertama yang akan tua dulu....hehehe....pada aku dia nie, ok lah,sempoi, cool n ada gak kelakar n "kepala otak bengongnya"....emmmm syok tau jd roomate dia nie z dia rajin kemas bilik n rajin masak...kira sangat sesuai laa ngan aku yang pemalas nie...apa yang lg best jd roomate ckien nie, aku boleh makan free sokmo sbb al maklum arr org come n ramai peminat plak so time peminat ajak kuar makan or antar makanan kat bilik kami,aku laa org pertama yg akan join cz aku roomate dia so aku laa or pertama yg dia akan ajak....huhuhu....




Nie plak roomate aku time aku final year....namanya zanuma bt mat nasir....nama manja za, dia nie mmg manja pun cz dia anak bongsu dlm kuarga dia....aku kenal za nie sejak di bangku sekolah lg cz aku n za satu kelas time kami form 6 di SMKT...(6ROn 6AO)...O=omega...tak sangka lak time masuk U kami satu U tapi lain couse....fakulti@sekolah masih sama iaitu SPKAL....za ambil couse keuwangan antarabangsa,maajor dalam perniagaan....walaupun couse berbeza tapi ada gak sesetengah subjek kami sama so ada gak laa kami sama kelas... disebabkan member satu sekolah so syok gak laa aku jd roomate dia walaupun ada gak laa yg kami selisih faham...itu adat laa lagikan lidahpun leh tergigit...kami tak de laa sampai gaduh besar stakat gaduh2 manja je....emmm asalnya aku ngan za bkn di tempatkan dalam satu bilik, kolej kediaman pun berbeza...mula2 za dapat kolej kediaman beta 7 n aku dapat beta 5....entah macam mana time lapor diri nak ambil kunci di awal sem 5 tue za dpt roomate cina n aku time tue roomate aku blum datang lagi n aku tgk nama romate aku kat list name cz aku nak tau sape yg akan jd roomate aku...belek punya balek aku jumpa laa nama roomate aku "senayan lijin"..aku ingat kan roomate aku nie cina or kristian so tanpa melengahkan masa aku pun g wat report kat pejabat kolej kediaman tuk minta tukar bilik ngan alasan perbezaan agama....disebabkan dalam masa yg sama roomate zanuma cina so aku mohon tuk masuk bilik zanuma n jadi roomate dia....atas alasan tersebut pemohonan aku diluluskan....tp kesian kat si ex roomate aku si lijin tue cz apa bila dia datang n melaporkan diri di kolej kediaman selang beberapa hari selepas aku pindah ke bilik zanuma baru aku tau dia sebenarnya bkn cina tapi sabahan n dia datang lewat sbb penerbangannya terpaksa ditangguhkan atas sebab cuaca....aku tau pun cz dia datang cari aku tp nak wat camner nasi dah jd bubur so dia berpaksa laaa cari bilik baru.......emmmmmmm begitulah al kisahnya !!!!!!!

p/s: sure korang pelik ngape aku tak citer pasal roomate aku yime aku first year....sebenarnya bukan aku tak mau citer n bkan aku tak baik ngan dia...aku baik je...sebenarnya aku takde pic dia so tak leh arr nak tunjuk kat korang....emmm apa pun namanya asyikin bte mohd nordin...aku panggilnya ckien....dia orang batu kurau, perak.



Banjir!!!

Bulan disember tahun 2007, Temerloh dilanda banjir besar.....bnyk tempat ditenggelami air antaranya termasuklah petronas kat Jalan Bahagia n Kg Bukit Kemuning yg selama ini tak pernah di limpahan air walaupun dimusim banjir.....disebabkan masaalah nie lah aku tak dapat menghadiri kenduri kawin zurina n theha......apa pun time nie aku mmg syok main banjir....huhuhu.....

25 February, 2009

Gaya Tidur Bayi

Pengenalan
Pada keseluruhannya, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, ia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan. Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2-4 jam terus menerus di antara waktu makan.

Gaya Tidur
Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri.
Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16-20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.

Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4-5 jam bergantung kepada daya tahan lapar.

Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir.

Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6-8 jam.

Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bunyian jika tidak nyenyak tidur. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam. Ibubapa tidak perlu risau pada ganggguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.

Sekiranya bayi anda menangis berterusan selama beberapa minit, anda perlu memberi perhatian. Bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa perhatian yang berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.


Posisi Tidur
American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah "TIDUR TERLENTANG" dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.


Tempat Tidur
Cadangan tempat tidur bayi :
Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.

  • Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada isian dan pengadang katil yang tidak selamat.

  • Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
    Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.

  • Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.

  • Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.

  • Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.
    Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.

  • Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.

Mengikut laporan, bayi yang berkongsi katil dengan orang lain boleh membahayakan bayi tersebut.

Ikutilah panduan-panduan berikut:-
Letakkan katil bayi berdekatan dengan katil ibubapa untuk memudahkan penyusuan ibu dan sentuhan.

Sekiranya ibu memilih untuk menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak tidur dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas/longgar. Katil perlu dijauhkan dari dinding dan perabot untuk mengelakkan bayi daripada tersepit.


Orang dewasa selain dari ibubapa, anak-anak yang lain tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi.

Ibu atau bapa yang memilih untuk berkongsi tempat tidur dengan bayi tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang akan membahayakan penjagaan bayi

Membantu Bayi Tidur

Anda boleh menidurkan bayi anda dengan mengenalpasti masa yang sesuai untuk tidur dan menyediakan tempat tidur yang selesa dan selamat.

Hindarkan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin.

Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.
Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialih ke katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.

Memainkan muzik yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur, dengan muzik ia boleh membentuk jadual tidur berkala.

Kenapa Yahudi Amat Berkuasa?


Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Alert Sabin membangunkan vaksin polio hidup yang lebih baik. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis.
Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz memenangi Hadiah Nobel kerana kajian beliau mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga secara oral yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang
.Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.Kenapa Yahudi begitu berkuasa? Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.
Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah seorang Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan.
Artikel ini ditulis oleh Dr. Farrukh Saleem, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan. Artikel asal beliau ditulis dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca di Why Are Jews So Powerful?
Bacaan tambahan:

Fakta Penyakit Chikungunya


Sejumlah 86 kes telah dilaporkan di seluruh negara pada minggu ke 6 2009 (8 hingga 14 Februari 2009) iaitu penurunan sebanyak 23 kes (21%) jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya (109 kes). Daripada jumlah tersebut, seramai 55 (63.9%) pesakit Chikungunya telah mendapatkan rawatan pesakit luar dan selebihnya memerlukan rawatan di hospital. Tiada kes yang melibatkan kematian dilaporkan setakat ini.86 kes yang dilaporkan adalah dari 81 lokaliti di 10 buah negeri iaitu Kelantan (27 kes), Selangor (20 kes), Perak (17 kes), Johor (7 kes), Pulau Pinang (4 kes), Perlis (3 kes), Pahang (3 kes), Terengganu (2 kes), WP Kuala Lumpur (2 kes), Putrajaya (1 kes).

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?
Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk.Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina.Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?
Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?
Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi


4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?
Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?• Demam panas mengejut• Sakit teruk pada sendi• Ruam pada badan• Sakit kepalaSeorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan.Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.7.

7.Apakah rawatan bagi penyakit ini?
Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit.Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja.Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?
Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya
• Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.
• Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
• Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?
Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.

11.Tindakan Kementerian Kesihatan
Langkah–langkah kawalan yang telah diambil:
Pengesanan kes secara aktif ecara aktif
• Melakukan kajian Aedes
• Semburan kabus dan ULV
• Aktiviti gotong-royong bersama masyarakat setempat
• Aktiviti promosi kesihatanKejadian penyakit ini adalah terkawal dan terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Bilik Gerakan
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E10, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
No. Tel. : 03-8881 0600 / 03-8881 0700

Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…
Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi…
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku….
Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!
Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu…
Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu. Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya
Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi…
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Perancis : Tidur dengan aku…
Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!
Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu…
Lelaki:Perancis itu melepaskan semula wanita itu.
Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Wanitaitu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.
Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata…
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda.
Lelaki Arab : Astaghfirullah.. (lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut…
moral of the story: bukan sume lelaki jahat, ada yang baik dan sangat baik.....cam setandang pisang walaupun sume rosak masih ada terselit buah yang masih elok......bak kata nabil "lu pikir lah sendiri".............

22 February, 2009

Pizza Maggi

Bahan-Bahan:
1 Bungkus maggi
2 biji telur gred A
Sosej (ikut suka)
Carrot (dimayang halus)
Cendawan butang (hiris nipis)
Daun sup (dimayang halus)
Bawang besar (dihiris nipis)
Cara:
Celur maggi, ketepikan. Pukul telur sehingga agak kembang. Masukkan perencah maggi, sosej yang dipotong kecil-kecil, carot, daun sup, cendawan butang dan bawang besar serta mee maggiyang telah dicelur tadi. Gaul hingga sebati. Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar) sehigga masak. Gunakan kuali yang bertangkai if nak senang laaa.....
Cadangan Hidangan:
Makan semasa panas dan boleh dicicah dengan sos dan mayonis.
p/s: time aku study dulu....aku selalu arr masak pizza maggi nie....try laa mudah je

Kek Batik Chocolate

Bahan-Bahan:
1 Ketul Butter (250gm.)
¾ cawan gula pasir
1 tin susu cair
4 camb. perwarna chocolate (Gravy Browning) boleh didapati dipasaraya.
4 camb. serbuk koko
8 biji telur ayam (gred A) 500 gm.
Biskut Mearie (belah 4)
Cara:
Putar gula dengan butter hingga lunak. Masukkan telur satu persatu sambil dimesin hingga sebati. Masukkan perwarna chocolate, serbuk koko dan susu cair, digaul hingga rata Tuangkan kedalam kuali dan dimasak dengan api yang perlahan hingga pekat. (PASTIKAN SENTIASA DIKACAU). Setelah pekat masukkan biskut merry dan digaul dengan cermat hingga sebati. Berhati-hati supaya tak hancur. Setelah adunan masak (tidak melekat pada kuali) tuangkan kedalam bekas dan tekan supaya ia padat.Biarkan sejuk baru dimasukkan kedalam peti ais.
Cadangan Hidangan:
Lebih elok jika disimpan dalam peti ais semalaman.Sebelum dipotong biarkan kek itu lembut sedikit.Sila gunakan bekas 4 segi untuk mendapatkan hasil yang cantik.

21 February, 2009

Irnawati wedding

Ini pulak majlis perkhawinan irna atau nama sebenarnya Siti Irnawati binti Ahmad....irna nie geng member aku time aku form 6 di SMKT , kami satu kelas tapi sebelum2 tue kami kawan2 je walaupun tak satu geng....irna nie dia satu sekolah ngan aku sejak sekolah rendah lagi sampailah form 6 nasib kami tak satu universiti.....hehehehehehe.....sekolah rendah kami sekolah kat Sek.Rend.Keb. Jalan Bahagia kemudian ke Sek.Men.Keb. Seri Bahagia n akhirnya form 6 di Sek.Men. Keb. Temerloh........disebab kan kami nie satu sekolah sejak dari sekolah rendah maka banyak gak laaa aku tau kisah pasal dia...termasuklah kisah cintan cintun dia di zaman dahulu kala, apapun time school dulu irna sangat aktif dalam olahraga...title olaragawati memang dia pegang sokmo.........emmmm lupakan kisah lama...... for information, irna nie kawin selepas una & faiz kawin iaitu pada 23 disember 2007, kira orang ke 2 geng time aku sekolah kawin but walaupun dia orang kedua kawin tapi dia orang pertama dalam geng time aku sekolah yang bergelar ibu.....apa pun tahniah buat irna.....nama anak sulung irna nie Batrisyia Safiah Binti Shahrul Nizam.....time kenduri irna nie aku dapat memenuhi jemputan walau pun ari tue aku agak busy cz pada hari tue aku menduduki ujian "statik" bagi memperolehi lesen L kereta laaa katakan.....hehehehe n dalam masa yang sama jiran sebelah umah aku wat majlis kenduri menyambut menantu gak (is.).....aku g kenduri umah irna nie ngan adik perempuan aku fifiey, adik angkat aku suhaili n mak aku...time tue laa aku jumpa una& faiz serta member satu sekolah yang lain........seperti yang lain, aku mendoakan semoga irna bahagia bersama mereka2 tersayang.....

p/s: eeeerrrrrrrr selekeh betul aku time nie!!!!....

.Tiga Ekor Pontianak

Pada satu malam 3 ekor pontinak sedang bertenggek di atas pokok sambil
bergaduh tentang kehebatan masing-masing.Ketiga-tiga mengaku diri
merekahebat.Untuk menentukan siapa paling hebat mereka pun cuba membuktikankehebatan masing-masing. Pontianak A terbang dengan sepantas kilat.10 saat kemudian balik semula kepokok tersebut.Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi Pontianak A.


Pontianak A : Korang nampak rumah tu

Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.

Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 5 saat kemudian
balik semula ke pokok tersebeut.Kelihatan ada darah bukan setakat pada
gigi,malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.

Pontianak B : Korang nampak kampung tu
Pontianak A : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.

Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari Pontianak
A dan B .Dalam masa 2 saat je dia kembali ke pokok tersebut.Kelihatan darah
mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut,malah pada keseluruhan muka
pontianak tersebut.

Pontianak C : Korang nampak tembok kat hujung sana tu
Pontianak A : Nampak!
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Err...tadi aku tak nampak...

fatheha & norhisyam wedding

Theha atau nama penuh Norfatheha nie member aku time kat UMS-KAl.....dia lah org pertama dalam geng aku yang kawin after abis study.....diaorg bertunang masa theha sem last.....klu tak silap aku tarikh wedding theha nie sama ngan tarikh una n aie kenduri....9 Disember 2007.....time nie musim hujan n Temeloh antara dearah kat malaysia yg teruk dilanda banjir.....banjir besar laaa katakan so sama lah cam wedding una & faiz.....wedding theha gak aku tak dapat memenuhi undangan cz kekangan jarak n masalah banjir.....maaf byk2 ku pohon dr theha n suami cz aku tak dapat menhadiri majlis perkahwinin diaorg tidak seperti anne, yarn,bu,kak maja, kak miza,sal n izat but dari jauh aku tetap mendoakan kebahagian kalian.....semoga mahligai yang dibina utuh di dunia mahupun akhirat...........
p/s: sekarang theha dah bergelar ibu( org pertama dlm geng aku yg bergelar ibu) , tahniah 2 u all berdua.....nur amni nabihah nama anak sulung perempuan mereka......comel cam mak n ayahnya juga...hehehe.........

faiz & zurina wedding

selamat pengganting baru 2 u all berdua semoga ikaan yang dibina berkekalan hingga akhir hayat hendaknya......emmm kepada sesiapa yang tak tau n nak tahu, zurina & faiz nie member aku sejak dari bangku sekolah lagi, kami sekelas time form 1, 4 N 5( time d SMK Seri Bahagia)....bila form 6 kitaorg satu schoo je(SMKT) tp still member...kira diaorg berdua nie bercinta sejak di alam persekolahan lagi laaa tp alhamdullillah berkekalan jugak sampai ke jinjang pelamin.....bukan senang tau cinta zaman school nak sampai ke tahap ini cz org kata cinta zaman school tue just cinta monyet je tp u all berdua dah buktikanya....cayala beb!!!....Faiz & zurina nie selamat d nikahkan pada 1 Disember 2007 ngan sekali lafaz je tau n mereka berdua nie disandingkan pada 2 Disember 2009 (sebelah una@zurina) & 9 Diember 2009 (sebelah Faiz@aie)...... pada hari tersebut member kitaorang gak yang jd pengapitnya iaitu aliza atau panggilan manjanya ija atau kadang2 kitaorg panggil dia "kambing" cz binatang yang paling dia tak suka n menyampah sangat sangat ialah kambing.....hehehe.....aku pun tak pasti ngape lah si ija tak suka sangat ngan kambing.....haiiiii abaikan je lah!!!!! tp aku malangnya time majlis diaorg nie aku tak dapat g cz time nie temerloh d landa banjir besar so paham paham je lah, sapa suruh wat kenduri time musim ujan!! dah aku tak dapat memenuhi jemputan but majlis tetap berjalan ngan lancar n meriahnya cz aku bknlah org penting kat majlis tue....hehehehehehe .........emmm klu nak tau gak diaorg berdua nie antara geng aku kat Seri Bahagia yang kawin awal N time nie gak una masih bergelar student dat USM ....takpe kawin awal murah rezeki....tul tak?????........Dan skg una tgh pregnant anak mereka yg pertama@sulung....dalam 5 bulan dah.....tahniah tuk u all berdua k....sure seronok n berdebar2 tunggu baby kuar kan.....hope sumenya slamat.........
Posted by Picasa

20 February, 2009

30 Tanda cinta




Rasa jatuh cinta sukar digambarkan mahu pun diucapkan dengan kata-kata. Siapa yang jatuh cinta akan sentiasa diusik perasaan. Semua menjadi indah dan membahagiakan. Namun mengalami cinta umpama bermain api. Jika tahu mengendalikannya, selamat diri. Jika tidak, terbakar hangus dan merana diri. Remaja dan belia bahkan yang sudah berumahtangga pun akan mengalami cinta. Semuanya kerana cinta tidak mengenal usia dan latar belakang. Cinta boleh terjadi bila-bila masa. Jadi bagaimana mengenali bila dan bagaimana seseorang itu dihinggapi rasa cinta? Cuba semak 30 tanda jatuh cinta di bawah ini supaya dapat melengkapi diri sebelum menghadapi atau menangkisnya. Terpulang sama ada mahu teruskan pemburuan cinta, mengalami percintaan atau menghindari cinta. Asalkan anda bahagia.

1. Sukar melelapkan mata Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

2. Perasaan sentiasa berdebar Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di jalan. Malah anda jadi kelam kabut dan menggeabah apabila dia menghampiri anda.

3. Suka ambil tahu Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.

4. Resah gelisah Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.

5. Dihinggapi cemburu Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.

6. Hobi baru, termenung Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.

7. Dating Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.

8. Rindu. Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.

9. Bergayut di telefon Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun anda baru lena tidur setelah mendengar suara si dia.

10. Berubah citarasa Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.

11. Memberi hadiah Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.

12. Awal ke tempat kerja Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat untuk datang ke pejabat malah datang lebih awal lagi. Anda harapkan ada peluang anda berbual berdua dengannya atau sarapan pagi bersama di kantin.

13. Lebih rajin Prestasi kerja anda semakin men ingkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.

14. Menjaga penampilan Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen mutakhir. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempersona. Dari rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.

15. Defensif Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.

16. Merajuk Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.

17. Mudah bersalah sangka Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.

18. Sentiasa kata 塑anbsp;Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan 塑a・ Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.

19. Sanggup berkorban Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.

20. Jadi orang lain Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.

21. Prihatin Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.

22. Berkhayal Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.

23. Inginkan persamaan Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakn barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan anda dengan si dia.

24. Sumber ilham Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.

25. Pasang impian Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.

26. Suka memuji Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.

27. Mulut manis Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendukung percakapannya sekaipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaan. Tambahan anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik itu.

28. Tanda ingatan Anda memberikan sesuatu yang istimewa seba gai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.

29. Inginkan perhatian Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda hargai.

30. Bertekad memilikinya Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.

Produk Yang Paling Mujarab Bagi Wanita


BIDADARI adalah minuman berfungsi untuk kesihatan dan kecantikan yang dikomposisikan dengan bahan semulajadi mewah seperti Madu Asli, Manjakani, Sirih, Serai, Akar Serapat, Jarum Emas, Kacip Fatimah, Asam Jawa, Kurma dan lain-lain herba terpilih.
Kaya dengan protien, serat, karbohidrat, dan vitamin A,B,C,D dan E sangat baik untuk membina kesihatan terutamanya membina sistem rahim, meningkatkan seri wajah dan menjadi pemangkin kepada kenikmatan perhubungan suami isteri.
Madu
Kaya dengan zat galian penting seperti Kalsium, fosforus, Sulfur, Karbon, zat besi, natrium, kalium, Klorin, Magnesium, Iodin, Kuprum, Manganese dan silikon serta kaya dengan vitamin-vitamin seperti A, B kompleks, C, D dan E. Madu sangat mudah dan cepat diasimilasikan dan cepat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan, sangat baik untuk buah pinggang dan mempertingkatkan system imunisasi tubuh.
Sireh
Terbukti sangat berkesan mengatasi masalah angin dalam badan, lemah badan, serak kerongkong, mulut berbau dan lain-lain masalah mulut, hidung dan lapisan dinding perut. Sirih dengan adunan lain-lain ramuan bertindak membantu membina rahim dan system peranakan.
Akar Serapat Sering digunakan secara tradisional dengan menggabungkan bersama-sama herba-herba lain (selalunya kacip fatimah dan lain-lain). Sangat berkesan untuk membina rahim, mengetatkan faraj dan meningkatkan system kemutan.
Kacip FatimahTerbukti boleh merawat buasir, penyakit tulang dan sangat baik untuk perempuan lepas bersalin bertujuan untuk mengetatkan rahim serta membantu mengetatkan faraj.
Kurma
Kaya dengan protein, sertat, vitamin A dan C, Zat Mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potassium, membantu menyerap tenaga dengan segera, mencegah bengkak usus, membaiki sistem saraf, tekanan, menguatkan ingatan, meredakan tekanan darah tinggi dan meningkatkan tenaga seksual.
Manjakani
Terbukti membantu mengatasi masalah buasir, keputihan, anti kanser dan mengetatkan faraj.
Serai
Kandungan `Citral’ di dalamnya berkesan membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala. Pati minyak di dalam serai membantu meredakan senak dalam perut disebabkan angin dan membantu mengurangkan bau badan (khususnya tapak kaki). Serai juga membantu menurunkan suhu badan. Ia juga bersifat antiseptik. Kandungan tonik di dalamnya akan merangsang sistem badan. Ianya bertindak sebagai pelali terhadap sistem saraf pusat.
Jarum Emas
Terbukti mampu untuk meningkatkan kesihatan dan tenaga seksual.
Asam Jawa
Kandungan `Flavonoid’ di dalamnya bersifat anti radang dan membantu pengeluaran peluh. Asam Jawa juga membantu melangsingkan badan.
Keistimewaan Bidadari :-* Membina dan mengecutkan rahim.* Menguatkan otot dan menyempitkan faraj.* Menegangkan payudara.* Membantu merawat luka dalam perut dan selepas pembedahan.* Menguatkan sistem kemutan.* Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi impak positif kepada pasangan semasa hubungan kelamin.* Menambahkan kolegen dalam badan.* Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah.* Menghilangkan bau badan & mulut.* Mengatasi masalah senggugut dan keputihan.* Melegakan panas badan.* Bagus membantu merapatkan vigina & mengecutkan rahim.
Cara Guna* 2 sudu makan, 2 kali sehari (pada kebiasaannya, tindakbalas mula dirasai selepas 2 jam pengambilan) selama sebulan* Selepas sebulan, minum Bidadari 2 sudu sehari untuk mengekalkan sistem dalaman yang telah dibaikpulih oleh Bidadari sepanjang sebulan pertama pengambilannya• Sebaik-baiknya jangan minum apa-apa air selepas 1 jam pengambilan Bidadari.• Gunakan sudu plastik – kerana Bidadari adalah produk berasaskan homeopati.• Simpan ditempat biasa (suhu bilik). Dilarang simpan di dalam peti sejuk.

AMARAN
BIDADARI TIDAK BOLEH OLEH DIGUNAKAN OLEH:-* LELAKI, * WANITA MENGANDUNG & * SEMASA DATANG HAID semasa datang haid, rahim sedang dicuci. Dikhuatiri darah yang keluar akan bertambah banyak yang boleh menyebabkan pitam dan sebagainya.
Bidadari (The Fairy)" is a functional drink for good health and beauty formulated with luxurious natural ingredients as Natural Honey, "Manjakani", Betel Leaves lemon grass, "Serapat" root "Golden Needles" Patema Rich in proteins. fibres. carbohydrates and Vitamin A, B, C, D and E. Bidadari is very effective in developing facial charm and becoming a catalyst in achieving husband-wife sexual pleasures.
p/s: kepada sesiapa yang brminat leh laaa oder melalui saya ekkkkk.....thanks

Hari nie dlm diary...



ooopsss. sebelum aku lupa.....aku nak ucapkan thanks a lot tuk jamie cz dia yang ajar aku cara nak wat blog nie....tanpa tunjuk ajar dr jamie maybe entah tahun bila baru wujud blog aku nie......tapi aku risau gak dah ada blog nie sbb aku nie bkn jenis yang rajin sangat nak wat kerja edit- mengedit nanti aku takut harap je ada blog tp "bersawang"...........sebut pasal "bersawang", mursidah boleh gelakkan aku bila aku kata blog bersawang, ada kepatut....memang tak patut!!!!!!!!.......blog pun boleh bersawang ape........dia tak paham ar tue maksud aku....nasib jamie paham, ada gak bcap aku...hehehehehe...sorry laaa letak pic lama cz puas nak cari pic aku n jamie api takde so gasak lah letak pic nie...jelas gak tue muka si jamie, haaa kepada yang tak kenal mana satu jamie....meh sini aku kenalkan,yang tembam comel duk peluk beg tue laaa si jamie nya....nama penuh dia jamilah....dia nie bab2 IT kira terer sikit dari aku cz dia nie rajin wat kerja explor mengexplor nie tak macam aku........emmmmmm alang2 aku dah "taruk" pic nie so meh laa aku citer ckit pasal pic nie.....pic nie aku ambil time majlis penutupan perkhemahan perdana badan beruniform (UNGGUN 1) tahun lepas....2008.......dari kiri : irun, yaya, aku & jamie.........

p/s: time irun masih memegang title "cik"......skg dah puan dah.............yaya as cikgu praktikal, skg dah jadi cikgu betul dah....hehehehe.....aku n jamie masih "cik" tp jamie dah tak lama dah nak tukar title tue....aku???....biar masa yang menentukan......hehehehe......eh lupa lak habaq, klu korang perasan yang duk cbuk2 ngan kertas kat belakang kitaorang tue...kak ina@kak rozina, pada ari tue dia kena jd pengerusi majlis or MC laaa katakan so itu laaa pasal dia tak sempat nak posing cam kami.....hehehehe....jangan mare yaa kak ina...........

Berkat membaca "Bismillahirahmanirahim"


Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

bacalah dulu baru aokme tau.....al kisahnya....

Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa... .adapun aku dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tue... maybe hari Isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot... mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang nie... takde kuasa aku nak tau... baik aku cerita pasal aku..tak gitu...Dan untuk pengetahuan kau... seperti yg kau lihat... dan sememangnya tidak dinafikan lagi... aku dilahirkan sehensem-hensem umat... kerana itulah jugak... berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang... .siap ada listing lagik... tapi ada satu bende yang sedih... .setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku... aku pun tak tau apasal..Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, Taiping, Perak. Dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku... dier le awek aku yg paling last... .muktamad dah nie... surat menyurat takkan dilayan... ..kalo intan tinggalkan aku... .cam awek awek aku yg dulu... sumpah aku tak nak kahwin...Bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat Taman Tasik Taiping... Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam keris... macam macam dier komplen..dier tau aku keje sebagai driver... takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat rumah je... tak syok la naik moto... rambut berserabut lar... muka cair lar... kain terselak lar... malu nanti orang tengok lar... tak buleh nak seksi lar...Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku... sure itulah kali last aku akan jumpa Intan... Intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku ... aku cakap kat dier... .baiklah... .esok aku akan datang naik kete besar... jauh lagi besar dari kete mesedis... . Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan... Intan terus menghaibkan diri... ..aku dah agak dah mesti terjadi punyer... ... . cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat korang-korang semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku... or bakal awek aku...Jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie... .satu hari nanti...Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie... ..

Yang Benar

Pemandu Kereta Jenazah

Persatuan Khairat Kematian

Kuala SepetangTaiping Perak...