zwani.com myspace graphic comments

07 March, 2009

`Myspace Comments, Glitter Graphics at GlitterYourWay.com

wedding kak if


Nie wedding kak if or nurul ifwah....aku kenak kak if masa aku study kat UMS-Kal...dia nie kira senior aku ar n dia nie baik sangat ngan aku cam kakak aku pun ada...but sayang time dia wedding pada 25.12.2008 tue aku tak dapat hadir cz bukan saja jauh but pada masa tue aku sangat busy ngan tugas2 harian aku....so pada kak if n abg bukhari i' so sorry but sue sentiasa akan doakan kebahagian kalian berdua...semoga hubungan kalian sentiasa dirahmati oleh Allah terutamanya tuk kak if sue harap sangat kak if akan bahagia bersama pilihan hati kak if setelah apa yang pernah kak if lalui suatu ketika dulu.........
p/s: muka husband kak if nie ada iras cam pelakon dlm citer sisuk tue laaa....degawan....tul tak?

03 March, 2009

Bubur Ayam ....

  • Bahan-Bahan:
    Isi Ayam (direbus dan di siat siat)
  • 1 cawan beras
  • 1 inci halia
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 batang Lobak merah (potong seperti lidi)
  • Air Minyak (untuk menumis)
  • Sediki daun bawang
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah



  • Cara:
    Halia, bawang merah dan bawang putih hi campurkan dan ditumbuk halus. Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi. Kemudian masukkan beras yang sudah dibersihkan digaul sebati. Masukkan air dan didihkan sehingga separuh masak. Kemudian di masukkan ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata. Masukkan Lobak merah apabila nasi hampir pecah. Jika air cepat kering tambahkan lagi air (jika boleh air rebusan ayam tadi hendaklah digunakan) Bubur sedia dihidangkan.


Cadangan Hidangan:
Untuk 2 atau 3 hidangan
Tambahan:
Enak di hidangkan dengan telur masin. Jika mahu pedas taburkan serbuk cili di atas hidangan. Selamat mencuba!


lurus bendul.............


Seorang perempuan masuk ke dalam sebuah Klinik sambil mendukung seorang bayi... Tiba-tiba perempuan itu ternampak sebuah alat penimbang berat untuk orang dewasa. Ia menghampiri alat penimbang tersebut, tapi kemudian nampak kebingungan.Seorang petugas klinik itu melihatnya... menghampiri dan bertanya kenapa ia nampak kebingungan."Sebenarnya saya ingin menimbang bayi ini, tapi alat ini seperti bukan untuk bayi" kata perempuan tersebut."Memang ini penimbang untuk orang dewasa. Tapi masih boleh digunakan untuk menimbang bayi. Caranya bayi dan IBUnya naik ke atas alat timbangan ini... lalu dicatatkan berapa angkanya...Setelah itu IBU pula naik seorang diri di atas alat timbangan ini dan dicatatkan angkanya.Saya boleh bantu mendukung bayi ini. Lalu... angka pertama ditolakkan dengan angka kedua...itulah berat bayi" kata petugas Klinik tersebut..."Tapi rasanya masih tidak boleh" kata si perempuan."Kenapa? tanya petugas kehairanan..."Kerana saya bukanlah IBUnya.. tapi pengasuhnya..." jawab wanita itu

Mana pegi lagi singgit....?????????????




Ada 3 orang member kamcheng pegi becuti kat pulau tioman... Sampai kat sana, dia orang pun pegi laa cari resort tempat persantaian dia orang barang semalam... Riki punya riki.... last-last dapat laaa satu resort yg sewanya cuma RM30 satu malam....Since dia orang ni member kamcheng giler..depa pakat nak sewa satu bilik je & tanpa banyak soal..masing2 keluarkan sorang RM10...kira tong-tong 3 org laaa..... So bila dapat kunci jer...depa tanpa membuang masa terus jer pegi bilik.....

Lepas depa blah pegi bilik..... minah cun kat front office tu baru teringat yg laaa ni resort dia tengah buat promotion...so satu bilik cuma RM25 je...

Minah ni pun panggil bell boy suruh pulangkan balik lagi RM5 kat mamat 3 org tu... On the way nak pulangkan duit tu..si bell boy ni tepikir yg duit belen ada RM5... Mamat tu ada 3 org... camna nak bagi duit tu sama rata kat diaorg..??? Pikir punya pikir last2 mamat ni dapat idea...dia pulangkan sorang RM1 kat mamat tu... Then belen lagi RM2... dia ambik buat beli jajan...

Maknanya....

Mamat 3 org tu cuma bayar duit hotel sorang RM9....Total depa bayar....RM9.00 x 3 =RM27...

Mamat bell boy tu amik RM2...

so total semua sekaliRM27 + RM2 =RM29

Mana pegi lagi singgit....?????????????

'DILARANG MEMOTONG'


Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah."Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besartersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya, "Kenapa Bang?"Pak Pandir pun menjawab, "Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'."