zwani.com myspace graphic comments

27 February, 2009

UMSKAL.....

Nie arr tempat aku blajar tuk memperolehi segulung ijazah.....tempat nie dimanakan universiti Malaysia Sabah kampus Antarabangsa Labuan atau nice namenya UMS-KAL.....suatu tempat yang penuh memory buat aku cz disini tercipta pelbagai kenangan suka dan duka aku bersama member2 seperjuangan sepanjang tempuh 3 tahun menjadi penghuninya....kenangan sepanjang hayat laa katakan.........disini ikatan persahabatan antara aku n yarn, kak miza, kak if, theha, qem, za, zizah,ckien, aida,maja, sal,izat,ane, farah, zura,rosnifazlinda, suhaili,aishah,mazlin, rosnadia, mona,shima,iz@walizah,kak ana, wana, cristie, hasniati,rosmia,kak as,kak za,fasihah,asma,lias, kamarul, lokman,abg fazli,bukhari serta ramai lagi lah yang aku tak sebutkan namanya tercipta.....untuk pengetahuan,UMS-Kal nie merupakan kampus cawangan kepada Universiti Malaysia Sabah yang terletak di TEluk Sepanggar, Kota Kinabalu...kampus ini telah mula beroperasi pada bulan Mei 1999 dengan pengambilan pelajar kumpulan pertama seramai 356 orang. Bertempat di Kiansam iaitu di Selatan W.P Labuan kira-kira 16 KM dari Pusat bandar dan mempunyai keluasan 22.2 Hektar. Penubuhannya adalah selaras dengan wawasan negara untuk menjadikan malaysia sebagai sebuah pusat pegajian antarabangsa di rantau ini dengan penekanan ke arah pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai pusat perniagaan dan kewangan luar persisir antarabangsa. UMSKAL menawarkan 2 sekolah iaitu Sekolah Perniagaan Kewangan Antarabangsa Labuan(SPKAL) Dan Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL). SPKAL menawarkan 5 program Sarjanamuda dalam bidang-bidang Perniagaan Antarabangsa, Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir, Pemasaran Antarabangsa, Ekonomi Kewangan Antarabangsa dan Kewangan Islam. Manakala SSIL menawarkan Program Multimedia dan E-dagang. Adalah dijangkakan dalam masa 10 tahun, 20 – 30% pelajar-pelajar akan terdiri daripada pelajar-pelajar dari luar negara. Halatuju program-program akademik UMSKAL ialah untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang bersifat global. UMSKAL bertekad untuk melahirkan tenaga pakar terlatih dalam bidang pengurusan perniagaan antarabangsa. Fokus pengajaran dan pembelajaran di UMSKAL ialah pengurusan perniagaan global yang berteraskan kepada teknologi multimedia.
WAWASAN
Menjadi sebuah universiti berinovatif yang bertaraf dunia
MISI
Mencapai kecemerlangan ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu untuk mencapai pengiktirafan antarabangsa menerusi pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, penerbitan dan khidmat masyarakat serta untuk mencapai keseimbangan pengkhususan ilmu dan keperibadian pelajarnya untuk menghasilkan produktiviti dan kualiti yang tinggi dalam konteks persekitaran dan aspirasi pembangunan masyarakat dan Negara.
MOTO
"Bertekad Cemerlang"
Kecemerlangan dalam sebarang aktiviti akan menjadi pendorong dan sasaran utama kepada UMS. Mercu tekad ialah pencapaian yang akan diiktiraf di peringkat antarabangsa
FALSAFAH
Pendidikan yang berteraskan prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan pembinaan masyarakat terpelajar yang progresif, berdisiplin, bersepadu dan seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani untuk berbakti mencapai kesejahteraan masyarakat dan negara.


yang come lote' nie roomate aku tame aku secound year...namanya nurul asikin bt ramli but aku n member yg lain panggil dia ckien je...ada gak yg panggil "along", jangan salah faham tau bukan sebab dia nie ceti , ada yg panggil dia "along" tp pasal dia lahir pada 1 januari, kiranya if geng kiteorg nie tua dia lah org pertama yang akan tua dulu....hehehe....pada aku dia nie, ok lah,sempoi, cool n ada gak kelakar n "kepala otak bengongnya"....emmmm syok tau jd roomate dia nie z dia rajin kemas bilik n rajin masak...kira sangat sesuai laa ngan aku yang pemalas nie...apa yang lg best jd roomate ckien nie, aku boleh makan free sokmo sbb al maklum arr org come n ramai peminat plak so time peminat ajak kuar makan or antar makanan kat bilik kami,aku laa org pertama yg akan join cz aku roomate dia so aku laa or pertama yg dia akan ajak....huhuhu....




Nie plak roomate aku time aku final year....namanya zanuma bt mat nasir....nama manja za, dia nie mmg manja pun cz dia anak bongsu dlm kuarga dia....aku kenal za nie sejak di bangku sekolah lg cz aku n za satu kelas time kami form 6 di SMKT...(6ROn 6AO)...O=omega...tak sangka lak time masuk U kami satu U tapi lain couse....fakulti@sekolah masih sama iaitu SPKAL....za ambil couse keuwangan antarabangsa,maajor dalam perniagaan....walaupun couse berbeza tapi ada gak sesetengah subjek kami sama so ada gak laa kami sama kelas... disebabkan member satu sekolah so syok gak laa aku jd roomate dia walaupun ada gak laa yg kami selisih faham...itu adat laa lagikan lidahpun leh tergigit...kami tak de laa sampai gaduh besar stakat gaduh2 manja je....emmm asalnya aku ngan za bkn di tempatkan dalam satu bilik, kolej kediaman pun berbeza...mula2 za dapat kolej kediaman beta 7 n aku dapat beta 5....entah macam mana time lapor diri nak ambil kunci di awal sem 5 tue za dpt roomate cina n aku time tue roomate aku blum datang lagi n aku tgk nama romate aku kat list name cz aku nak tau sape yg akan jd roomate aku...belek punya balek aku jumpa laa nama roomate aku "senayan lijin"..aku ingat kan roomate aku nie cina or kristian so tanpa melengahkan masa aku pun g wat report kat pejabat kolej kediaman tuk minta tukar bilik ngan alasan perbezaan agama....disebabkan dalam masa yg sama roomate zanuma cina so aku mohon tuk masuk bilik zanuma n jadi roomate dia....atas alasan tersebut pemohonan aku diluluskan....tp kesian kat si ex roomate aku si lijin tue cz apa bila dia datang n melaporkan diri di kolej kediaman selang beberapa hari selepas aku pindah ke bilik zanuma baru aku tau dia sebenarnya bkn cina tapi sabahan n dia datang lewat sbb penerbangannya terpaksa ditangguhkan atas sebab cuaca....aku tau pun cz dia datang cari aku tp nak wat camner nasi dah jd bubur so dia berpaksa laaa cari bilik baru.......emmmmmmm begitulah al kisahnya !!!!!!!

p/s: sure korang pelik ngape aku tak citer pasal roomate aku yime aku first year....sebenarnya bukan aku tak mau citer n bkan aku tak baik ngan dia...aku baik je...sebenarnya aku takde pic dia so tak leh arr nak tunjuk kat korang....emmm apa pun namanya asyikin bte mohd nordin...aku panggilnya ckien....dia orang batu kurau, perak.



No comments:

Post a Comment