zwani.com myspace graphic comments

22 February, 2009

Kek Batik Chocolate

Bahan-Bahan:
1 Ketul Butter (250gm.)
¾ cawan gula pasir
1 tin susu cair
4 camb. perwarna chocolate (Gravy Browning) boleh didapati dipasaraya.
4 camb. serbuk koko
8 biji telur ayam (gred A) 500 gm.
Biskut Mearie (belah 4)
Cara:
Putar gula dengan butter hingga lunak. Masukkan telur satu persatu sambil dimesin hingga sebati. Masukkan perwarna chocolate, serbuk koko dan susu cair, digaul hingga rata Tuangkan kedalam kuali dan dimasak dengan api yang perlahan hingga pekat. (PASTIKAN SENTIASA DIKACAU). Setelah pekat masukkan biskut merry dan digaul dengan cermat hingga sebati. Berhati-hati supaya tak hancur. Setelah adunan masak (tidak melekat pada kuali) tuangkan kedalam bekas dan tekan supaya ia padat.Biarkan sejuk baru dimasukkan kedalam peti ais.
Cadangan Hidangan:
Lebih elok jika disimpan dalam peti ais semalaman.Sebelum dipotong biarkan kek itu lembut sedikit.Sila gunakan bekas 4 segi untuk mendapatkan hasil yang cantik.

No comments:

Post a Comment