zwani.com myspace graphic comments

03 March, 2009

Bubur Ayam ....

  • Bahan-Bahan:
    Isi Ayam (direbus dan di siat siat)
  • 1 cawan beras
  • 1 inci halia
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 batang Lobak merah (potong seperti lidi)
  • Air Minyak (untuk menumis)
  • Sediki daun bawang
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah



  • Cara:
    Halia, bawang merah dan bawang putih hi campurkan dan ditumbuk halus. Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi. Kemudian masukkan beras yang sudah dibersihkan digaul sebati. Masukkan air dan didihkan sehingga separuh masak. Kemudian di masukkan ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata. Masukkan Lobak merah apabila nasi hampir pecah. Jika air cepat kering tambahkan lagi air (jika boleh air rebusan ayam tadi hendaklah digunakan) Bubur sedia dihidangkan.


Cadangan Hidangan:
Untuk 2 atau 3 hidangan
Tambahan:
Enak di hidangkan dengan telur masin. Jika mahu pedas taburkan serbuk cili di atas hidangan. Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment