zwani.com myspace graphic comments

21 February, 2009

.Tiga Ekor Pontianak

Pada satu malam 3 ekor pontinak sedang bertenggek di atas pokok sambil
bergaduh tentang kehebatan masing-masing.Ketiga-tiga mengaku diri
merekahebat.Untuk menentukan siapa paling hebat mereka pun cuba membuktikankehebatan masing-masing. Pontianak A terbang dengan sepantas kilat.10 saat kemudian balik semula kepokok tersebut.Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi Pontianak A.


Pontianak A : Korang nampak rumah tu

Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.

Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 5 saat kemudian
balik semula ke pokok tersebeut.Kelihatan ada darah bukan setakat pada
gigi,malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.

Pontianak B : Korang nampak kampung tu
Pontianak A : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.

Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari Pontianak
A dan B .Dalam masa 2 saat je dia kembali ke pokok tersebut.Kelihatan darah
mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut,malah pada keseluruhan muka
pontianak tersebut.

Pontianak C : Korang nampak tembok kat hujung sana tu
Pontianak A : Nampak!
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Err...tadi aku tak nampak...

No comments:

Post a Comment